Friday, March 7, 2014

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

TARIKH : 22 FEBRUARI 2014
TEMPAT : PADANG DAN DEWAN LESTARI























Majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan dengan penuh sederhana tetapi meriah oleh warga SMK Pasir Gudang bagi tahun 2014/ 1435 H. Majlis yang bermula seawal 7.30 pagi menyaksikan kehadiran pelajar dan guru yang bertungkus lumus berusaha memberi persembahan dan selawat terbaik bagi meraikan hari kelahiran rasulullah s.a.w. 
     Majlis dimulakan dengan perarakan oleh unit-unit beruniform dengan sepanduk masing-masing yang diketuai oleh para guru. Ucapan alu-aluan pula disampaikan oleh Encik Muhamad Ali bin Harun selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Pasir Gudang. Usai ucapan alu-aluan, penceramah jemputan pula mengambil tempat iaitu Ustaz Mohd Syafie bin Abdul Rahman selaku imam besar di Masjid Jamek Pasir Gudang.
     Majlis kemudiannya dimeriahkan dengan alunan qasidah dan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Selesai persembahan anugerah untuk pelajar sebagai tokoh maulidur rasul pula disampaikan kepada dua orang pelajar yang terpilih mewakili sesi pagi iaitu Wan Syakir bin Wan Adnan sesi petang iaitu Dang Merdu Wati binti Jaffar. Kedua-dua tokoh merupakan pelajar yang dinilai dari segi kecemerlangan dalam sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.
      Hadiah untuk perarakan terbaik juga turut diberikan kepada unit-unit beruniform pada majlis tersebut. Johan perarakan disandang oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS), tempat kedua Kadet Polis Wanita dan tempat ketiga Kadet Bomba. Tahniah kepada barisan Makdis SMK Pasir Gudang dan semua AJK yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Info Anda Di Sini