Wednesday, March 12, 2014

PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (SIRI 1/ 2014)

TARIKH : 3 MAC 2014
TEMPAT : BILIK CAKNA MINDA DAN SEKITAR SMK PASIR GUDANG


Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) di SMK Pasir Gudang telah bermula untuk tahun 2014. Kunjungan pertama bagi tahun ini adalah merupakan wakil dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Rombongan seramai empat orang guru ini adalah bertujuan untuk melakukan tinjauan awal bagi membawa pelajar-pelajar dari Kobe Ryokoku High School membuat lawatan di SMK Pasir Gudang pada bulan September nanti. Rombongan ini turut dibawa melawat sekitar kawasan sekolah seperti kelas-kelas bertema, galeri sejarah dan makmal sains. Syabas dan tahniah kepada unit kokurikulum sekolah dan juga koperasi SMK Pasir Gudang yang begitu aktif menjayakan program pelancongan koperasi ini dan semoga PKS terus kekal sebagai salah satu kebitaraan di SMK Pasir Gudang.






 

No comments:

Post a Comment

Info Anda Di Sini