Saturday, March 8, 2014

LAWATAN PENANDA ARAS (1/2014)

TARIKH : 2 MAC 2014
TEMPAT : BILIK CAKNA MINDA DAN SEKITAR SMK PASIR GUDANG


Rombongan pertama ke SMK Pasir Gudang merupakan sekumpulan pentadbir, guru-guru dan juga staf dari SMK Sultanah Engku Tun Aminah (SETA). Berwakilkan Penolong Kanan Hal Ehwal Muridnya iaitu Puan Zaleha binti Mohd. Yassin rombongan disambut meriah oleh Pemangku Pengetua SMK Pasir Gudang iaitu Encik Muhamad Ali bin Harun. Lawatan ini merupakan lawatan balas oleh SETA kerana pernah menerima rombongan dari SMK Pasir Gudang pada November 2013. 
     Sebelum didedahkan serba sedikit tentang SMK Pasir Gudang, rombongan ini terlebih dahulu bergambar kenang-kenangan dan dibawa menjamah sedikit kudapan yang disediakan oleh pihak sekolah di kantin. Seterusnya rombongan SETA ini dibawa ke bilik Cakna Minda bagi program sesi penerangan tentang 
SMK Pasir Gudang. Ucapan aluan diberikan oleh pengerusi majlis dan ucapan dari Pemangku Pengetua pula mengambil tempat. Ucapan dari wakil SETA pula disampaikan oleh Puan Zaleha binti Mohd. Yassin. Ahli rombongan turut diberi penerangan tentang kebitaraan sekolah seperti I-think, kelas bertema dan Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS).
      Rombongan seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Antara tempat yang dilawati rombongan ini ialah makmal biologi dan fizik yang pernah mendapat tempat pertama peringkat daerah, kelas-kelas bertema, bilik kaunseling, pusat sumber sekolah, galeri sejarah, kawasan pertanian dan bilik katering. Adalah diharapkan dengan adanya lawatan penanda aras ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua sekolah. Terima kasih dan jumpa lagi.















No comments:

Post a Comment

Info Anda Di Sini