Thursday, February 6, 2014

PROGRAM SEJAMBAK KASIH









TARIKH : 11 JANUARI 2014
TEMPAT: DEWAN LESTARI, SMK PASIR GUDANG

Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang ke sembilan iaitu  bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas pihak SMK Pasir Gudang telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Sejambak Kasih bagi menjalinkan hubungan dengan komuniti luar. Program yang melibatkan ibu bapa pelajar tingkatan satu ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah khususnya di alam sekolah menengah. Ibu bapa juga turut diberi penerangan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kini menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Diharapkan dengan adanya program sebegini kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dengan komuniti luar dapat diperkukuhkan. 




No comments:

Post a Comment

Info Anda Di Sini