Monday, February 27, 2012

Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Kecemerlangan

Alhamdulillah pada 26 Februari 2012 yang lalu, SMKPG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Kecemerlangan Sesi 2011 bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Majlis yang berjalan lancar dihadiri oleh ibu bapa, para pelajar dan guru. Ahli PIBG melantik AJK PIBG yang baru daripada kalangan ibu bapa yang hadir.
Majlis Kecemerlangan yang dirasmikan oleh wakil Pengarah TNB Pasir Gudang diisi dengan penyampaian anugerah Pelajar Terbaik PMR, Terbaik Tingkatan 4, Terbaik Tingkatan 2 dan Terbaik Tingkatan 1. Selain itu, anugerah komuniti serta keluarga mithali yang disandang oleh keluarga En. Muhammad Uzir turut disampaikan. Sekalung penghargaan kepada semua YDP PIBG serta barisan AJK, guru-guru dan para pelajar yang menjayakan majlis ini. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Wakil Pengarah TNB


Petugas parking (KRS)

Pendaftaran

Kumpulan Kompang

No comments:

Post a Comment

Info Anda Di Sini