Saturday, December 24, 2011

36 pelajar mendapat semua 'A'

Alhamdulillah..penambahan bilangan pelajar mendapat semua A meningkat berbanding tahun lepas seramai 26 orang pelajar mendapat semua A. Walaubagaimanapun, peratus lulus agak menurun, berikut adalah statistik pencapaian keputusan PMR 2011.

Peratus lulus 2011: 70.96%
Peratus lulus 2010: 81.58%

Gred Purata Sekolah 2011 : 2.78
Gred Purata Sekolah 2010 : 2.50

Keputusan ini menempatkan SMKPG di tempat ke-7 berbanding sekolah lain di daerah Pasir Gudang.







Tahniah kepada pelajar yang cemerlang..kepada yang kurang mendapat keputusan memuaskan, jadikan ianya satu iktibar dan teruskan usaha dengan lebih gigih..SPM 2013 menanti anda..

Tuesday, November 15, 2011

Perjuangan SPM 2011

Semoga anak-anak pelajar sekalian terus berjuang dan bersemangat meniti hari-hari peperiksaan SPM 2011. Semoga Allah memudahkan perjalanan anak-anak pelajar sepanjang masa peperiksaan. Amin. Cipta kegemilangan SPM 2011...

Majlis Graduasi, Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sukan, Majlis Anugerah Kepimpinan

3 majlis yang diadakan seperti tahun-tahun lepas diteruskan lagi di Hotel Selesa Pasir Gudang.
Berikut adalah gambar majlis graduasi.




Wednesday, October 12, 2011

Praktikal Haji

Praktikal Haji diadakan bagi memenuhi subtopik subjek Agama Islam pelajar tingkatan 4.
Beberapa rukun haji dijalankan termasuklah tawaf, sa'i dan melontar jamrah.

Tarikh : 11 Oktober 2011
Sasaran : Pelajar Tingkatan 4


Tuesday, October 4, 2011

Berjuanglah anak-anakku

Perjuangan PMR telah bermula..warga SMKPG mendoakan semoga semua calon PMR dapat menjawab soalan dengan mudah, tenang dan tepat.


Calon mendengar amanat terakhir sebelum peperiksaan

Sesi mohon restu daripada pengetua dan guru-guru


Saturday, October 1, 2011

Sambutan Aidilfitri

Sambutan Aidilfitri SMKPG diadakan setelah beberapa tahun tidak diadakan akibat kekangan masa. Alhamdulillah NYDP PIBG turut hadir dalam memeriahkan sambutan.







Tuesday, September 6, 2011

Kem Unit Beruniform di Jasin, Melaka



Tarikh : 22- 24 Julai 2011
Tempat : Kem Lambaian Danau Jasin, Melaka
Sasaran : Semua pelajar yang berminat



Monday, September 5, 2011

Salam Aidilfitri dan Salam Merdeka

"Bila kata merangkai dusta,
Bila tingkah menoreh luka,
Bila hati penuh prasangka,
Mohon pinta maaf dibuka,"

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin.



Tidak lupa juga Salam Kemerdekaan ke-54 buat semua....




Sunday, July 31, 2011

Ihya' Ramadhan

Jumaat 29 Julai 2011 telah diadakan program sempena menyambut Ramadhan..iaitu Program Ihya' Ramadhan ( Hidupkan Ramadhan ). Program yang berbentuk forum ala-ala di televisyen yang dikendalikan oleh pelajar ting 3 adalah tepat untuk menyampaikan info tentang Ramadhan. Tahniah di atas forum yang begitu mengagumkan..tahniah juga kepada guru yang terlibat dalam Ihya' Ramadhan.


Program 'Semanis Kurma'


Salah seorang panel sebagai ustazah (Hanani)


Mahesan (kiri) sebagai panel ala-ala doktor perubatan, Solehudin (kanan) ala-ala penceramah Prof. Dr. Fadzilah Kamsah


Siap ada 'lintas langsung' dari studio kononnya oleh Justin Aizad

Saturday, July 9, 2011

Karnival Sains dan Teknologi

9 Julai 2011 (Sabtu), satu program tahunan Karnival Sains dan Teknologi diadakan. Antara program yang berlangsung adalah :
  • Pameran Sains dan Teknologi
  • Pertandingan cooking nature
  • Pertandingan Bahan Recycle
  • Pertandingan Saintis muda
  • Pertandingan Sudoku
  • Pertandingan Poster Grafik
  • Pertandingan telemase
  • Pertandingan Masakan dan Gubahan
  • Pertandingan Pemasangan Litar
  • Pertandingan Roket
  • Dan lain-lain lagi...
Alhamdulilah...semuanya berjalan lancar...Tahniah kepada pemenang....

Pertandingan barang recycle

Sunday, July 3, 2011

Hari Koperasi Bersama Hari Sukan Sekolah

Pada 2 Julai 2011, sekolah telah digegarkan dengan 3 program sekaligus iaitu Hari Sukan, Larian Sempena 1 Pelajar 1 Sukan dan Hari Koperasi. Bila banyak program sekaligus, nampaknya semua warga SMKPG bertungkus-lumus pada hari tersebut..Tahniah semua kerana berjaya menjayakannya...

Di sini beberapa keputusan sempena Hari Sukan :
Juara Rumah Sukan 2011 : Aqua
Olahragawan : Syafiq Kamaruzaman
Olahragawati : Chabitah
Perbarisan Unit Uniform : Pers. Puteri Islam
Perbarisan Rumah Sukan : Lunar
Khemah Rumah Sukan Tercantik : Lunar

Aqua masih memegang kejuaraannya pada tahun ini...Tahniah kepada semua guru dan pelajar Aqua...Em..rumah sukan lain...ambil iktibar dan jangan putus asa...dan semoga berjaya di tahun depan..

Hari Koperasi yang berlangsung turut memeriahkan suasana..sebanyak 19 gerai telah beroperasi yang rata-ratanya diuruskan oleh pelajar. Maklumlah cikgu sibuk di padang. Tahniah kepada semua ahli gerai yang terlibat....tahun depan sertai lagi OK!!...

Pertandingan Antara Gerai :
  • Hasil kupon terbanyak : Gerai Katering
  • Gerai terceria : Gerai Pers. Pend. Islam

Wednesday, June 22, 2011

Kata-kata dari ilmuwan

Cikgu tertarik dengan kata-kata seorang profesor , iaitu Profesor Ungku Aziz , CUBA AMATI :
  1. Rajin bekerja, rajin bercakap - BAGUS SEKALI
  2. Rajin bekerja, malas bercakap - KENA BULI
  3. Malas bekerja, rajin bercakap - WAYANG CINA (Cakap tak serupa bikin)
  4. Malas bekerja, malas bercakap - TAK GUNA
  5. Malas bekerja, suka mengadu - NYANYUK
  6. Malas bekerja, suka ponteng - BAIK BERHENTI
  7. Malas bekerja, suka menyibuk (merosakkan) - BAIK MATI
Di mana letaknya kita??... renung-renungkan..

Tuesday, June 21, 2011

Kejayaan Sekolah

Kejayaan sekolah dikecap lagi dalam pertandingan berikut :
  1. Pertandingan Persembahan Pancaragam , Peringkat : Kebangsaan, Kedudukan : Naib Johan
  2. Pertandingan Memasak, Peringkat : Negeri, Kedudukan : Tempat Kedua
Tahniah kepada pemenang!!! Tahniah kepada guru penasihat setiap pertandingan.

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Pengantin Baru

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada guru-guru yang baru mendirikan rumahtangga..

  1. Pn. Nur Hafizah Bt. Mohamed Jaafar
  2. Pn. Siti Fatimah Bt. Sagimin
  3. En. Ahmad Nazran B. Yusuf
  4. Pn. Nur Athirah Bt. Zulkifli
  5. En. Mohd Saufi B. Ibrahim

Wednesday, June 1, 2011

Pertandingan Memasak Daerah PG

Tahniah kepada SMK Pasir Gudang yang memenangi tempat pertama dalam pertandingan memasak peringkat daerah.. Tahniah kepada peserta yang terdiri daripada pelajar 2 KRK dan guru MPV Katering Pn. Shariza dan En. Huzaimi dan kepada pelajar katering serta guru yang terlibat.

Tema Masakan : Lauk Pengantin
Peserta : Tingkatan 1 - 3

Tahniah juga kepada semua sekolah yang menyertai pertandingan ini.

Pelajar SMKPG - 2KRK (Johan)

Siap pintu gerbang dan bunting - kreatif

Pelajar 5 katering

Wednesday, May 25, 2011

Sumbangan Komputer

Pada 18 Mei 2011, Unit ICT SMKPG telah menerima 20 buah komputer terpakai daripada syarikat OleoChemical Jalan Besi 1. En. Zulkhairi pekerja di syarikat tersebut yang merupakan bekas pelajar SMKPG mewakili syarikat OleoChemical bermurah hati menyumbangkan komputer tersebut. Alhamdulillah.. Terima Kasih Daun Keladi

Guru yang terlibat : Cik Aereen, Pn. Nur Sakinah, En. Nurullailiadha, En. Mohd Norhafizi

En. Aidiladha bersama En. Zulhairi

Salah seorang pekerja OleoChemical menyemak senarai komputer

Sunday, May 22, 2011

Gotong-royong Perdana

Gotong-royong perdana diadakan setiap tahun oleh semua sekolah seluruh Malaysia, tahniah kepada warga SMKPG yang menjayakan gotong-royong perdana.

Tuesday, May 17, 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Tanggal 16 Mei adalah hari keramat buat semua guru 1 Malaysia. SMKPG tidak ketinggalan meraikan hari guru yang diraikan setiap tahun.
Selamat Hari Guru!
Terima Kasih Cikgu!
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara!

Anugerah guru:
  1. Guru Kepimpinan : Pn. Rohana Bt. Abdullah
  2. Guru Dedikasi : Pn. Saleha Binti Wahab
  3. Guru Prihatin : Pn. Salwa Bt. Othman
  4. Guru Penyayang : Pn. Nur Hafizah Bt. Jaafar
  5. Guru Kreatif : Pn. Faridah Bt. Pairan
  6. Guru Ceria : Pn. Norzila Bt. Othman



Wednesday, May 11, 2011

Johan Hafazan MTQ

Alhamdulilah seorang pelajar lagi telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi hafazan peringkat negeri Johor. Saudara Salehudin Salam tingkatan 3 KAA 1 akan mewakili negeri Johor bagi pertandingan hafazan yang akan diadakan di Pulau Pinang. Tahniah diucapkan keada Salehudin dan guru bimbingan Ustazah Nur Hafizah.. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti..


Tuesday, May 3, 2011

Mural terpanjang di Malaysia

Pada 26 Feb 2011 yang lepas, SMKPG telah menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Melukis Mural 1 Malaysia yang terpanjang. Turut disertai seramai 110 buah kumpulan yang dilukis pada 655m panjang dinding. Walaupun tidak membawa pulang hadiah kemenangan tetapi tahniah daripada warga sekolah kepada 3 pelajar dan 2 guru yang menyertai.






Sunday, May 1, 2011

Kem Kepimpinan Pengawas

Tarikh : 29/04/2011 hingga 1/5/2011
Tempat : SMK Pasir Gudang

Tahniah kepada Badan Pengawas, fasilitator dari MSU dan guru yang terlibat dalam menjayakan kem kepimpinan pengawas 2011.

Semoga segala penat-lelah pada 3 hari tersebut mampu mengubah kredibiliti setiap pengawas ke arah yang lebih baik dan lebih berwibawa. Kepada pengawas yang berjaya menamatkan kem..tahniah diucapkan..


Bersedia untuk senaman aerobik bersama En. Mohd Sabri

Gambar kenangan semua peserta kem

Wednesday, April 20, 2011

Perwira Baru

Selamat Datang kami alu-alukan kedatangan PK HEM baru En. Muhamad Ali Bin Harun yang ditukarkan secara rasmi pada 1 April 2011 ke SMKPG dari SMKPG3 (sebelum ini memegang tugas sebagai Pk Petang)

Semoga dengan kehadiran Tuan, HEM di SMKPG terus mantap dan terbaik!!!




Friday, April 15, 2011

Tiada pengganti sepertimu Pn. Hjh Hasnah

Terima kasih Pn. Hjh Hasnah atas baktimu di SMKPG...Tahniah juga diucapkan kerana dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran di SMK Bandar Seri Alam...Diraikan dalam majlis yang penuh syahdu..kenanglah kami di sini selalu... :)

Monday, April 4, 2011

Program Ilmu Mengubah Destini


Program anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi, UiTM PTAR Shah Alam, UiTM PTDI Johor, BTPN Johor diadakan pada 3 April 2011 lepas.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR dan SPM 2010 turut berlangsung pada masa yang sama.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin dengan dihadiri hampir 60 orang VIP yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN, pengetua-pengetua sekola
h Pasir Gudang, komuniti (polis) dan jemputan lain terdiri daripada pelajar- pelajar penerima anugerah, ibu bapa, pustakawan UiTM PTAR dan PTDI.

Majlis gilang-gemilang ini turut diselitkan dengan acara perasmian PSS SMK Pasir Gudang yang telah diubahsuai sepenuhnya dengan peruntukan RM 165,000.

Sejuta penghargaan dari kami warga SMKPG kepada pihak penganjur dan penaja-penaja yang menjayakan majlis bersejarah ini. Terima Kasih...

Nak Lagi!!

Rekod terkini dan terbaik...

Hoki Perempuan (Naib Johan)
Hoki Lelaki ( Tempat Ketiga)
Olahraga (Tempat ke- 3 daripada 34 buah sekolah)
Olahraga L15 terbaik MSSD
Bola Baling Lelaki MSSD (tempat ke-3)
Bola Baling Perempuan MSSD (Johan)
Bola Jaring B15 (Tempat ke-2)

Lagi??Tunggu!!!

Mohon restu Pn. Pengetua dulu...

Sebelum bertolak (pasukan bola jaring B18)

Tempat Ke-2 (bola jaring B15)

Cik Nur Athirah (terpilih sebagai pengurus Daerah) dan Cik Wardah Nabilah turut menerima anugerah

Gambar kenangan sebelum pulang ke SMKPG

Saturday, April 2, 2011

Pendaftaran Diploma UiTM

Berita baik buat Lepasan SPM 2010 khususnya untuk melanjutkan pelajaran di UiTM jurusan diploma.

Kaunter pendaftaran dibuka adalah seperti berikut :

Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka (Dewan Lestari)

Saturday, March 5, 2011

Penjanaan Minda Perdana

Sabtu 5/3/2011 , LDP pertama untuk semua guru dan staf berjaya dijalankan. Dengan sentuhan ceramah oleh En. Norisham B. Kasmuni (Pak Tam), Alhamdulilah terjana satu lagi peringkat dalam minda guru dan staf. Semoga warga pendidik dan warga sokongan terus memikul tugas dengan amanah dan amat komited :)

Sunday, February 20, 2011

Perhimpunan Rasmi Kokurikulum

Perhimpunan rasmi Kokurikulum membuka tirai dengan perbarisan Kadet Polis dan Kadet Bomba..Kawalan kehormat yang sempurna ini dijalankan pada Isnin 14 Februari 2011 yang lalu. Perasmian Program MAKDIS juga dilancarkan pada hari tersebut.

Kawalan Kehormat kadet polis + kadet bomba

Persembahan bercerita oleh Amir Hamzah B. Uzir 1 KAA 2
(sempena pembukaan program MAKDIS)

Kawalan hormat keluar mendapat tepukan gemuruh





Info Anda Di Sini