Thursday, December 30, 2010

PMR 2010 melonjak naik

Tahniah kepada semua calon PMR 2010 kerana berjaya melonjakkan peratus lulus PMR...
Tahniah buat guru-guru yang begitu komited mendidik pelajar terutamanya calon PMR 2010...
Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Statistik PMR 2010 :
  • Peratus lulus : 81.58 % ( meningkat dari 57.67%)
  • GPS : 2.50
  • Bilangan pelajar mendapat semua 'A' : 26 orang
  • Kedudukan di daerah Pasir Gudang : 5 /33
  • Kedudukan di Negeri Johor : 51 / 234
9A :
  1. Ahmad Amirul Aiman Azhan
  2. Amirul Asyraf Mohad Khair
  3. Muhamad Hafetz Sa'don
  4. Muhamad Hafiz Shakirin Suhaimi
  5. Nur Natasha Amiera Zahari
  6. Nur Saidah Farhanah Nazri Nizam
  7. Wan Shahirah Wan Adnan
  8. Ziza Amira Syafini Ahamed Tamizi
8A :
  1. Muhamad Asyraaf Baharudin
  2. Aimi Natashah Mohd Kamari
  3. Aina Farzana Zulkernian
  4. Nor Syazyati Madam
  5. Norliza Zamli
  6. Nur Zulaika Zainal Abidin
  7. Nurfaiha' Munifah Zahari
  8. Nurul Hazaliana Mohd Zainorin
  9. Putri Ummi Nabila Ahmad
  10. Quratul Ain Nabihah Mohd Hizam
  11. Ummul Qisti Md Arif
  12. Siti Suraya Saat
  13. Siti Norhafizah Rooslan
7A :
  1. Ashwini A/P Baskaran
  2. Ashwini A/P Thambirajah
  3. Durga Devi A/P Raggu
  4. Nitiyashini A/P Mohan

Tuesday, December 28, 2010

Hari Pendaftaran 2011

Berikut adalah tarikh pendaftaran yang ditetapkan :

30/12/2010 :Tingkatan 1, 2, 3 dan 5
31/12/2010 : Tingkatan 1 (yang masih belum mendaftar serta pelajar-pelajar baru)
1/1/2010 : Tingkatan 1 KAA (Kelas Aliran Agama) dan 1 KRK (Kelas Rancangan Khas)
3/1/2010 : Tingkatan 4

Tempat Pendaftaran :

Tingkatan 1 : Di kelas yang akan ditentukan.
Tingkatan 2 : Dewan terbuka
Tingkatan 3 : Kantin
Tingkatan 5 : Perpustakaan
Pelajar baru tingkatan 2, 3, 4 dan 5 di bilik Cakna Minda (sebelah pejabat)

Aktiviti :
  1. Pendaftaran untuk kelas 2011
  2. Mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun 2010 (bagi tingkatan 2, 3 dan 5)
  3. Bayaran tambahan persekolahan
Rumusan bayaran 2011 :
  • Tingkatan 1 : RM 146.50*
  • Tingkatan 2 & 4 : RM 140.50*
  • Tingkatan 3 & 5 : RM 170.50*
  • * tertakluk kepada perubahan.

Monday, November 29, 2010

Semak PTK Oktober 2010

Layari laman ini...


tahniah bagi yang berjaya dapat A..bagi yang tak berjaya, takpe mungkin rezeki anda di tempat lain.

Saturday, November 20, 2010

Mohon Restu Calon SPM

Hari terakhir persekolahan 19/11/2010, semua calon SPM memohon restu, mohon maaf dan ucapan terima kasih diungkap buat kali terakhir sebelum menjelang SPM yang akan diadakan pada 23 November nanti.


"Ya Allah, kami memohon dipermudahkan urusan kami.."


Anak-beranak ni...hmm...


"Kupohon restumu guru.."

Salam Perpisahan

Warga SMKPG mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada guru-guru yang akan berpindah. Satu majlis ringkas diadakan bagi meraikan guru yang berpindah. Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.


Pn. Chuan Eng Hwa (kanan) berpindah ke Batu Pahat

Pn. Chan Ah Kiow (kanan) berpindah ke Bandar Seri Alam

Pn. Masniza Binti Surip (kanan) berpindah ke Kuala Lumpur

Pn. Nurul Huda Bt. Adb Halim (kanan) berpindah ke Johor Bahru







Wednesday, November 17, 2010

Malam Glamour dan Glitter

Dahsyat...memang dahsyat....tahniah kepada Kebirus 2010 kerana telah berjaya menganjurkan satu makan malam yang meriah...pada Isnin 15 Nov 2010 yang lepas... di Hotel Selesa Pasir Gudang..

*Gambar kurang jelas...kamera murah... :)
*Gambar di atas boleh dimuatturun dengan klik pada slideshow di atas.

Majlis Graduasi 2010

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM yang diraikan pada majlis Graduasi yang gilang-gemilang.


*gambar yang dipapar boleh dimuatturun dengan klik pada slideshow di atas.

Tuesday, November 9, 2010

Latihan Penyembelihan Ayam

Alhamdulillah, pada pagi Selasa 9 November 2010, sekolah telah mengadakan satu latihan penyembelihan ayam yang melibatkan pelajar tingkatan 4 khasnya. Pelajar didedahkan tentang cara penyembelihan yang betul dan memproses ayam sebelum boleh dimasak. Tahniah kepada para "penyembelih ayam" kerana anda baru mempraktikkan perkara wajib bagi mendapatkan daging yang halal.

Monday, November 8, 2010

Lagi Guru PG1 Disambar

Sekalung tahniah diucapkan kepada 2 orang guru yang sangat berdedikasi dan disayangi pelajar kerana telah dilantik menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran di SMK Nusa Damai.
  1. Pn. Yusnita Binti Yusof - GKMP Bahasa
  2. Pn. Khazami Binti Husin - GKMP Sains Kemasyarakatan
Tawamu menjadi ingatan manis....jerit pekikmu menjadi kenangan indah....tata gaya mu menjadi ikutan belia....curahan ilmumu menjadi panduan berguna...

Sesi bersalaman bersama semua pelajar






Tuesday, October 26, 2010

Lawatan ke Singapura

Satu lagi aktiviti Kebiru yang mendapat sambutan... Seramai 24 orang guru telah mengikuti lawatan ke Singapura bersama ahli keluarga masing-masing.
2 buah bas telah disewa bagi menjayakan program ini. Tempat yang dikunjungi adalah Universal Studio (bestttttt!!!) dan Arab Street. Lawatan yang bermula pukul 7.00 pagi berakhir dengan seribu satu kenangan.... Tahniah Kebiru!!! Moga Kebiru akan datang akan menganjurkan lawatan menarik lagi...
Glob dunia yang terdapat pada pintu masuk Universal Studio


Jam 6.30pm : Masing-masing sudah keletihan tapi tetap ceria..


Majlis Kecemerlangan Sukan 2010

Majlis Anugerah Sukan 2010 telah diadakan pada,

Tarikh : 22 Oktober 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang

Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang telah menerima anugerah berikut :
  • Anugerah Lee Chong Wei : Fehrri Emerudin Bin Kasri
  • Anugerah Nicol Ann David : Nor Jaswana Binti Jamil
  • Anugerah Atlet Harapan : Shafiq Bin Kamaruzaman
  • Putera Pilihan : Zainul Ariffin
  • Puteri Pilihan : Rudzliyana Binti Roslan
Tahniah juga buat guru yang telah banyak menyumbang bakti memajukan sukan sekolah.
  • Anugerah Khas Guru : En. Zol Bin Yahya
Akhir sekali, tahniah kepada PK Kokurikulum En. Mohd Suhaimi Bin Mat Isa dan penyelaras Pn. Shuhada Binti Mohd Shulti serta semua AJK Majlis Anugerah Sukan 2010 dalam menjayakan majlis ini.

Aktiviti Pasca PMR

Alhamdulillah..PMR 2010 telah melabuhkan tirainya...pelajar tingkatan 3 kini disibukkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia, Kaunselor dan Unit Sukan....

Tahniah kepada yang berjaya dalam aktiviti yang dipertandingkan!!..Kepada guru-guru, segala jasa kalian moga dilimpahkan pahala berlipat kali ganda.

Pertandingan futsal (pelajar lelaki)

Pertandingan futsal (pelajar perempuan)


Tuesday, October 5, 2010

Selamat Berjuang Anak-anakku!!

PMR muncul lagi untuk kesekian kalinya, kali ini seramai 286 calon telah mendaftar untuk menduduki PMR. Semoga berjaya kami doakan buat semua pelajar Tingkatan 3. Warga SMKPG mendoakan agar semua calon PMR terus sihat walafiat, tenang dalam kesungguhan semasa menjawab soalan.

Hasil Kreativiti Calon-calon PMR menjelang PMR 2010
sebagai pemangkin semangat menghadapi PMR

Tuesday, September 28, 2010

Anugerah Kecemerlangan 2010

Tahniah kepada semua penerima hadiah. Teruskan kejayaan anda pada masa hadapan. Tahniah kepada semua jawatankuasa guru yang telah menjayakan program ini.

Majlis Perpisahan Tn. Hj Mohamad Yusof dan Sambutan Pn. Rohana Abdullah

Semoga Tn. Haji Mohamad B. Yusof berjaya meneruskan kegemilangan di SMK Seri Intan. Selamat bertugas ! Terima kasih Cikgu! Jangan lupakan kami warga SMKPG.

Selamat datang kepada Pn. Rohana Bt. Abdullah, kami warga SMKPG mengalu-alukan kedatangan puan dan berikan kami segala tunjuk ajar dan bimbingan agar kami sentiasa berjaya dan gemilang di bawah pimpinan puan.


Thursday, September 9, 2010

Raya Jom Raya!!

Bila sebut pasal raya, Semua ingat hari raya, Tapi jangan pula kita lupa...... (sambung sendiri nyanyiannya yee)...

Ampun maaf dipinta andai tersalah kata, anggota terluka, hati terasa. Semoga ikatan terjalin seluruh warga SMKPG tersimpul rapi dan diberkati Allah.

Tuesday, September 7, 2010

Masih Ada Yang Sayang

Alhamdulilah, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit HEM telah mengadakan program mengutip dana dan memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Kutipan yang hampir mencecah RM13,000 telah diagihkan kepada 160 pelajar yatim, yatim piatu dan ibu tunggal.

Tarikh : 1/9/2010
Tempat : Bilik Seminar, SMKPG
Sumbangan : RM 70 seorang

Tuesday, August 31, 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi

Tunku Abdul Rahman ketika berkempen di Perak pada pilihanraya pertama.

Rakyat Malaya keluar beramai-ramai membuang undi yang pertama antara parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) -yang kini dipanggil Barisan Nasional dengan Parti Negara yang diketuai Dato' Onn (parti yang membuka keahlian tidak kira kaum, turut disertai IMP).
Parti Perikatan yang diketuai Tunku menang 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Tunku diiring ke Bandar Hilir untuk mengumumkan kemerdekaan setelah pulang dari London

Rakyat Negara bersorak ketika kemerdekaan diumumkan di Bandar Hilir, Melaka

Terima kasih Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan kerana berkorban tenaga, wang ringgit demi kemerdekaan negara. Kemerdekaan yang Tunku perjuangkan akan kami pertahankan selagi tidak terputus nyawa.

Suasana Kemerdekaan di SMK Pasir Gudang




Tanggal 31 - Allahyarham Sudirman

Wednesday, August 18, 2010

Sayangi Bumi, Kitar Semula

Majlis Pelancaran Kelab Kitar Semula Projek Perintis Sekolah Sekolah Negeri Johor
Tarikh : 9 Ogos 2010
Tempat : Dewan terbuka SMK Pasir Gudang
dengan kerjasama PPSPPA (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) Johor

Penyampaian sijil Ahli Kelab Kitar Semula kepada para pelajar

Beberapa pegawai PPSPPA telah turut hadir memeriahkan majlis

Warga SMKPG mengalu-alukan kerjasama semua pihak, marilah kita menyokong program kitar semula.

Jom Kitar Semula !!!!
  • Kertas (kertas berwarna/surak khabar/kotak/kadbod) - RM0.10 / 1kg
  • Kaca - RM0.20 / 1 kg
  • Plastik - RM 0.50 / 1 kg
  • Tin / Aluminium - RM1.50/ 1kg
  • Tetra Pek (kotak minuman) - RM0.30 / 1kg
  • Logam - RM1.20 / 1kg
  • Komputer (monitor) - RM2.00 / 1kg
  • Komputer (CPU) - RM0.20 / 1 kg
Semua warga SMKPG boleh menyerahkan barangan kitar semula kepada :
Cik Nur Hafizah (pagi) atau Cik Hasnida (petang)

Thursday, August 12, 2010

Perlawanan Bola Jaring MSKPP (Guru)

Para guru yang berwajah tenang (belum main lagi ni..)

Degupan jantung di gelanggang

Wajah masih tenang lagi selepas 3 perlawanan (suka dalam duka)

Pada 7/8/10 yang lalu, MSKPP di bawah anjuran SMK Kota Masai telah mengadakan perlawanan bola jaring kategori bawah 34 tahun, tidak ketinggalan SMKPG telah menghantar sepasukan bola jaring yang mantap (harap-harap la) untuk bertanding dan beradu kehebatan. Walaupun tidak berjaya tetapi semangat yang ditonjolkan oleh para guru yang terlibat umpama orang muda yang masuk gelanggang..
Usaha lagi di tahun hadapan!!!!

Wednesday, August 11, 2010

Kenaikan Jawatan Guru SMKPG

Sekalung tahniah diucapkan kepada 3 guru SMKPG yang telah dilantik kepada jawatan-jawatan yang lebih tinggi. Sesungguhnya segala penat lelah dan jasa bakti tuan puan, Allah jualah yang dapat membalasnya.
  1. Pn. Haslina Bt Hussein - Guru Kanan Mata Pelajaran Vokasional (SMK Megah Ria)
  2. Pn. Masrawati Bt Md Ali - Penolong Kanan Petang (SK Taman Pasir Putih)
  3. En. Zol B. Yahya - Penolong Kanan Kokurikulum (SMK Pasir Putih)

Wednesday, August 4, 2010

Penilaian Kokurikulum 2010

Berikut adalah pautan memuat turun dokumen penilaian kokurikulum 2010
  1. Daftar 2010
  2. Penilaian Kokurikulum 2010
Semoga Allah merahmati dan memberkati segala kerja cikgu-cikgu.

"Buat sehabis baik"

Monday, July 12, 2010

Pasukan Pilihan Tewas Awal


Inilah hasil tinjauan pemilihan 5 pasukan yang paling diminati..nampak gayanya ramai peminat Argentina di SMKPG.... Walaubagaimanapun...Sepanyol yang bukan merupakan pasukan pilihan telah mengukir sejarahnya di Afrika Selatan kerana memenangi Piala Dunia 2010....waka waka...

Gambar Perkahwinan


Inilah gambar perkahwinan Pn. Maizatul Akmam yang telah dijanjikan untuk tatapan semua warga SMKPG. Semoga berbahagia hendaknya.

Sunday, July 4, 2010

Hari Koperasi SMKPG

Alhamdulillah, hari koperasi yang dirancang berjalan lancar. Tanpa hujan lebat, kebanyakan gerai dapat menjual habis produk jualan. Terima kasih kepada pihak luar yang terlibat dalam Hari Koperasi. Sejuta penghargaan juga kepada ibu bapa penjaga yang begitu komited dan bekerjasama menghadiahkan barang-barang runcit kepada sekolah. Tahniah kepada semua warga SMKPG, guru, staf dan pelajar!!Semoga segala penat lelah kita mendapat keberkatan Allah.


Monday, June 21, 2010

Kembali ke Sekolah dengan Demam Bola Sepak



2 minggu bercuti tentu memberikan 1001 cerita apabila bertemu rakan-rakan. Lebih-lebih demam bola sepak yang semakin parah sejak 11 Jun 2010. Mari kita lihat pasukan negara yang paling digemari.....




Survey Results

Sunday, June 20, 2010

Selamat Melayari Bahtera Hidup Berumah Tangga


Selamat Pengantin baru dan Selamat Berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurnia zuriat sebagai pengikat kasih...Kami warga SMKPG mendoakan kebahagiaan pengantin baru ini.

1. Pn. Noor Suhaily Binti Misrom
2. Pn. Maizatul Akmam Binti Zawawi

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Seperti biasa...guru-guru kesayangan di SMK Pasir Gudang dirai meriah sempena Hari Guru yang disambut pada 17 Mei 2010.

Guru Pembina Negara Bangsa ! Terima Kasih Cikgu!

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang menerima anugerah, Tn. Hj Mohamad Bin Yusof (anugerah kepimpinan), Pn. Hjh Hasnah Bt. Yussoff (anugerah pendorong), Pn. Juraiani Bt. Ismail (anugerah penuh bicara), Pn. Faridah Bt. Pairan, Pn. Salwa Bt. Othman (anugerah prihatin), Pn. Maizatul Akmam Bt. Zawawi (anugerah penyayang), Pn. Norzila Bt. Othman (anugerah kreatif).



Sunday, May 16, 2010

Gotong-royong Sempena Hari Guru

Gotong-royong sempena Hari Guru 2010 telah diadakan pada 15 Mei 2010. Lebih 300 pelajar bersama guru telah sama-sama menjayakan Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pihak lain seperti RELA, MPPG, dan PIBG kerana turut sama membantu. Tahniah kepada semua atas kerja keras masing-masing.


"Pakaian yang kotor boleh dicuci, tetapi hati yang suci sukar dicari"





Tuesday, May 11, 2010

Berita Baik Buat Calon PTK

Sila layari laman ini untuk mencuba soalan PTK secara interaktif.


Cubalah...Semoga berjaya!! (tips daripada En. Mohd Suhaimi yang sudah berjaya khatam PTK :) )

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu


Tahukah anda??

Hari Ibu disambut oleh kebanyakan masyarakat dunia, tarikh Hari Ibu bagi sesetengah negara adalah berbeza. Walaubagaimanapun, sebanyak 74 buah negara menjadikan Hari Ahad minggu ke-2 bulan Mei sebagai Hari Ibu termasuklah Malaysia.

Ucapkan sayang dan kasih kepada ibu sebelum terlambat.

Selamat Hari Ibu!!!

Tuesday, May 4, 2010

Kejayaan Sekolah Lagi!!

Lagi kejayaan dicipta, saudara Solehudin Bin Salam 2KAA1 telah berjaya meraih tempat ke-2 dalam pertandingan hafazan Al-Quran di Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah Peringkat Negeri Johor pada 29 April 2010.


Lagi.............


Kontejen Bola Baling Pasir Gudang dengan diwakili antaranya 6 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan dari SMK Pasir Gudang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Baling MSSJ pada 23 hingga 25 April 2010.


Pasukan Bola Baling P18 hanya mampu bertahan pada pusingan kedua. Walaubagaimanapun, Pasukan Bola Baling L18 telah menebus maruah dengan meraih naib johan MSSJ pada tahun ini. Pengurus dan jurulatih yang terlibat ialah Pn. Faridah Bt. Pairan, En. Mohd NorHafizi Bin Yunus dan Cik Noor Suhaily Binti Misrom. Tahniah!!


Friday, April 9, 2010

Monday, April 5, 2010

Hari Bertemu Pelanggan

Hari Bertemu Pelanggan memuatkan 2 program besar iaitu pengambilan kad kemajuan pelajar dan perasmian Program "Satu Keluarga Satu Rim" anjuran PIBG. Program lain yang disajikan adalah Program Menderma Darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta program bersama IPTA/IPTS.

Tahniah kepada ibu bapa dan pihak-pihak yang hadir dalam menjayakan Hari Bertemu Pelanggan.
Tahniah juga kepada PIBG dalam usaha membantu sekolah memperbanyak rim kertas untuk kegunaan pelajar terutamanya.

Saturday, March 27, 2010

MSSD Pasir Gudang

Sekalung tahniah buat pasukan SMKPG yang menyertai perlawanan Kejohanan MSSD Pasir Gudang.

Bagi acara balapan dan padang, SMKPG telah mengutip 12 pingat (3 emas, 5 perak, 4 gangsa - bawah bimbingan Pn. Syuhada Shulti, Pn. Maznah Yusuf, Pn. Hamida Abd Halim). Tahniah kepada pemecah rekod :
  • Sherin Kiah Anak Nipah (rejam lembing)
  • Mohd Fitri Ikmal B. Zainudin (rejam lembing)
  • Nurin Shahirah Bt. Safri (Lompat tinggi)
Tahniah juga kepada Pasukan Bola Sepak Bawah 18 (bawah bimbingan En. Zol Bin yahya dan En. Mohd Hamdi) kerana telah menjadi johan MSSD Daerah Pasir Gudang.

Teruskan pencapaian yang baik untuk tahun-tahun akan datang.

Warga SMKPG juga mengucapkan tahniah buat pasukan Bola Jaring P18 kerana mendapattempat ke-4 dalam MSSD Pasir Gudang. Kepada Pasukan Bola Jaring P15, tingkatkan usaha InsyaAllah tahun depan kita mungkin Juara!!


Pasukan Bola Jaring P15 (bawah bimbingan Pn. Nur Sakinah dan Cik Wardah Nabilah)


Kata-kata perangsang daripada En. Suhaimi (sebelum bertolak ke SMKKM 2)


Pasukan P18 bersama pengadil Pn. Norasikin (eh..eh..bodek pengadil ni hehe)


Pasukan Bola Jaring P18 (bawah bimbingan Pn. Norliza dan Cik Nur Fazilah)

Thursday, March 18, 2010

Selamat Mendirikan Rumah Tangga


Masjid dibina lagi!!!!! Tahniah dan selamat pengantin baru!!!
Seluruh warga SMKPG mendoakan semoga kekal bahagia dan cepat menimang cahaya mata. Amin!!
  1. Pn. Siti Maysara Binti Musanif
  2. En. Masduki Bin Yatini
  3. Pn. Nurul Huda Binti Abd Halim
  4. Pn. Norfadhilah Binti Khalid

Sunday, March 14, 2010

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

"Sallallah 'ala Muhammad...Sallallah 'alaihi wasallam..."

Ucaplah selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Tema : Mempertahankan Ukhuwah Memperkasa Ummah



Info Anda Di Sini